Pengguna Hari Ini-PHI

Satu Blog yang bertema kepenggunaan, membekalkan satu platform kepada orang ramai untuk mendapat dan kongsi maklumat tentang kepenggunaan.

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

maklumat nutrisi dan bahan-bahan yang digunakan dibekalkan bersama dengan produk untuk memberitahu pengguna supaya memudahkan pengguna untuk memilih produk tersebut. maklumat ini adalah sangat-sangat penting, dan sebagai seorang pengguna kita berhak untuk megetahui maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai contohnya, Si Ali menpunyai alahan terhadap udang, oleh itu, apabila dia membeli sesuatu makan, dia akan melihat pada bahan yang digunakan untuk memastikan bahawa produk yang dibeli tidak boleh mengandungi udang.

Begitu juga dengan perkhidmatan, sebagai contohnya, seorang pemegang polisi insurans, berhak mendapatkan segala maklumat daripada agennya.

0 comments: