Pengguna Hari Ini-PHI

Satu Blog yang bertema kepenggunaan, membekalkan satu platform kepada orang ramai untuk mendapat dan kongsi maklumat tentang kepenggunaan.




Petikan ini dipetikan dari surat khabar The Sun yang bercerita tentang rekod aduan Malaysia pada tahun 2009 yang disediakan oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional(NCCC) yang merupakan pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pada hari ini.



Menurut ketua eksekutif NCCC- Muhammad Sha'ani Abdullah, daripada jumlah kes aduan sebanyak 32,369, 85% kes telah diselesaikan dengan memberikan pampasan dan juga kepuasan kepada pengadu. Selain itu, rekod ini juga menunjukkan bahawa kesedaran rakyat terhapat hak-hak mereka sebagai pengguna telah meningkat 16.7% berbanding dengan tahun 2008.



Kes-kes aduan yang diterima telah dibahagikan kepada beberapa kategori. Munurut report yang sama, kategori jualan langsung/Scams(penipuan) menerima aduan yang paling banyak. Iaitu dengan kes sebanyak 2,713. Jualan langsung/Scams telah menjadi kategori yang tertinggi pada dua tahun berturut-turut.



Seterusnya adalah kategori perumahan yang mendapat kes sebanyak 2,686. Sha'ani juga berkata kebanyakkan kes perumahan yang tidak dapat diselesaikan disebabkan para konsumer yang mengalami kerugian tidak mendapat pampasan disebabkan oleh masalah undang-undang dan teknikal. Menurut beliau juga, Perkara ini berlaku kerana para pengguna yang kurang kesedaran terhadap pengkiraan sebenar semasa membeli hartanah. Beliau turut menjelas bahawa pembeli mudah diperdaya pada tahap awal pembelian harta tanah seperti memberi bayaran penempahan bagi projek pembinaan yang belum dibina ataupun separuh siap.



Apabila ditanya bagaimana boleh mengelakkan dan menyelesaikan masalah sebegini, President FOMCA Datuk Marimuthu Nadason berkata:' kecuali menunggu sehingga penglulusan polisi pembinaan dan jualan daripada pihak kerajaan , jika tidak pembangun-pembangun akan terus menjual hartanah-hartanah ataupun rumah-rumah yang belum siap dibina yang kemudian mungkin menjadi projek yang ditangguhkan. Malahan pula, pelbagai aspek yang perlu diambil kira sebelum menandatangani sesuatu perjanjian, kontrak ataupun membayar deposit.


Ini merupakan satu berita yang baik kerana ia menujukkan kesedaran para pengguna terhadap nilai wang mereka dan mereka juga mengemukakan aduan terhadap barangan rosak dan ketidakpuasan terhadap penerimaan perkhidmatan.


Rentetan itu, Peningkatan pengaduan dikalangan para konsumer dengan purata 125 kes sehari juga menunjukkan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap sikap konsumer yang reaktif and proaktif. Report tersebut juga termasuk fakta-fakta seperti yang berikut:



  • Perkhidmatan dan produk yang berkualiti rendah merupakan faktor utama yang menyebabkan aduan diterima dalam kategori yang disenaraikan.

  • 80% daripada peniaga tidak menjawab aduan para pengguna.

  • 65% daripada peniaga tidak bertindak balas terhadap pengingatan pertama daripada pihak NCCC.

  • 50% daripada peniaga kekurangan pengetahuan terhadap liabiliti undang-undang
    yang berkaitan dengan urus niaga.

Untuk mengelakkan pampasan yang bakal diberi, syarikat-syarikat diseru supaya berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan mereka supaya dapat mengurangkan aduan daripada para konsumer.

Cetak rompak- Perisian



Gerakan Polis




Pagi semalam, saya terbaca sebuah artikal yang dipaparkan dalam laman web Utusan Malaysia yang mengenai permindahan Akta Hakcipta pada pulan Jun ini. Sebenarnya, masalah cetak rompak di Malaysia merupakan satu isu yang hangat selama ini. Pelbagai tindakan telah diambilkan oleh pihak yang berkenaan, namun masalah ini masih tidak daapt diselesaikan disebabkan permintaan produk cetak rompak di pasaran adalah tinggi, malah penawarannya adalah tidak terhingga.


Pada pendapat saya, faktor utama yang menyebabkan fenomena ini adalah disebabkan harga produk cetak rompak yang jauh lebih murah sekiranya berbanding dengan produk original. Pembeli dapat memperolehi sekeping DCD /VCD cetak rompak dengan harga RM6 yang harga asalnya mungkin mencapai RM60.Walaupun kualiti cetak rompak memang teruk tetapi ia masih mempunyai kuasa beli yang amat tinggi. Cuba bayangkan, dengan harga RM60 itu mereka dapat membeli 10 keping cekara padat dengan 10 cerita yang berlainan.


Tambahan pula, DVD dan VCD cetak rompak tersebut tidak dihantarkan untuk ditapiskan oleh Lembaga penapisan Filem(LPF). Misalnya, terdapat banyak babak-babak keganasan dan seks yang tidak menepati kepiawaian penyiaran di negara kita tidak disunting. Perasaan ingin tahu dikalangan penonton telah mendorong mereka untuk membeli produk tersebut.


Sesungguhnya begitu, namun kita perlu mempunyai kesedaran terhadap imbak yang akan ditimbulkan oleh kegiatan haram seperti cetak rompak ini. Terutamanya dalam penghitungan pendapatan negara. Akitiviti-aktiviti haram ini tidak dapat membantu dalam pertumbuhan ekomoni negaa walaupun kegiatan itu gian produktif. Selain daripada tidak dapat menghitungkan pendapatan negara dengan tepat, malahan kegiatan tersebut juga menjejaskan pembangunan ekonomi negara kita.


Di samping itu, penyiaran yang tanpa suntingan itu telah mendedahkan para penonton dengan ilmu-ilmu yang boleh merosakkan akhlak mereka. Diberikan contoh seperti babak -babak yang mengandungi unsir-unsur keganasan dan seks. Senario ini menyebabkan para penonton golongan remaja meniru aksi-aksi dalam cerita filem. Bahkan mereka masih mudah dan naif untuk menyerap pengetahuan-pengetahuan yang dapat menjejaskan pemikiran mereka.


Produk cetak rompak adalah mudah didapatkan dimana -mana saja. Jadi kita sebagai seorang pengguna perlu meningkatkan kesedaran dalam diri kita supaya menyokong produk original.

Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Pengguna diberi hak untuk bersuara tentang penggubalan dasar-dasar kerajaan dengan cara yang betul seperti membuat aduan atau cadangan dengan pihak berkuasa. Pada tahun lepas dan begitunya tahun ini, isu harga minyak menjadi suatu isu kontroversi dalam kalangan masyarakat, banyak orang tidak puas hati dan menyuarakan kapada pihak berkuasa, dan sekarang, pada hari ini, kerajaan sedang berusaha, sedang giat untuk mengeluarkan satu solusi untuk menyelesaikan dan memuaskan hati rakyat.

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.


Pengguna diberi pendidikan pengguna melalui media-media seperti surat khabar, melayari internet, radio dan sebagainya. Pengguna tidak dapat pendidikan pengguna dalam masa pelajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

maklumat nutrisi dan bahan-bahan yang digunakan dibekalkan bersama dengan produk untuk memberitahu pengguna supaya memudahkan pengguna untuk memilih produk tersebut. maklumat ini adalah sangat-sangat penting, dan sebagai seorang pengguna kita berhak untuk megetahui maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai contohnya, Si Ali menpunyai alahan terhadap udang, oleh itu, apabila dia membeli sesuatu makan, dia akan melihat pada bahan yang digunakan untuk memastikan bahawa produk yang dibeli tidak boleh mengandungi udang.

Begitu juga dengan perkhidmatan, sebagai contohnya, seorang pemegang polisi insurans, berhak mendapatkan segala maklumat daripada agennya.

Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.

Apakah itu keperluan asas?

Makanan: pepatah cina mengatakan bahawa rakyat disesebuah negara mengutamakan makanan. jika manusia tidak dapat makanan yang cukupi, bagaimanakah untuk meneruskan perjuangan?

pakaian: kalau tidak silap, saya seolah-olah ingat bahawa seorang cikgu saya pernah mengatakan bahawa seseorang yang bertamadun haruslah berpakaian....saya rasa itu betul, kerana jika seseorang itu berbogel dan mengelilingi bandar, saya rasa, dia akan ditangkap...

kesihatan: mendapat perkhimatan dari pegawai perubatan supaya mengekalkan tahap kesihatan diri

Sebagai simpulan, keperluan asas adalah keperluan untuk meneruskan hidupan harian, oleh itu, sebagai seorang pengguna yang bakal akan menjadi seorang pengguna yang bijak, anda haruslah tahu hak tersebut
.

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Kita sebagai seorang pengguna seharusnya dilindung supaya barang dan perkhidmatan yang kita gunakan itu tidak merbahayakan. Cuba fikir apakah impaknya jika kita membeli sebuah telefon bimbit dan ia meletup apabila kita megecas baterinya? Produk tersebut bukan sahaja megerunkan pengguna, menjejas imej syarikat tersebut, dan ia juga akan mengancam keselamatan kita sebagai seorang pengguna. oleh itu kita dilindungi supaya barang dan perkhidmatan yang kita gunakan itu selamat.

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Untuk mendapatkan satu persekitaran yang bersih dan bebas daripada pencemarnan adalah hasil usaha-usaha daripada masyarakat itu sendiri, jika semua orang berganding bahu dalam usaha menghijaukan bumi, saya rasa, satu persekitaran yang bersih dan bebas dari pencemaran boleh dihasilkan.

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Pengguna diberi peluang untuk menuntut pampasan daripada pengeluar atau penjual bagi barang dan perkhidmatan yang yanga tidak sempurna atau menyebabkan kecederaan. Seperti contoh yang diatas, apabila sesebuah telefon bimbit meletup apabila tuannya hendak mengecas baterinya, dan disebabkan oleh itu, menyebakan kecederaan tuan tersebut boleh menuntut pampasan daripada pengeluar. Tetapi, jika kesalahan adalah disebabkan oleh tuan itu, pampasan tidak akan diberikan sebagai contohnya, tuan tersebut menbiarkan telefon bimbit tersebut mengecas melebihi 8 jam dan menyebabkan bateri tersebut terlalu panas, lalu meletup.

Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Semasa membeli sesuatu barang seperti kereta, pengguna berhak mengetahui tentang fungsi-fungsi tertentu kereta tersebut, dan bandingannya dengan jenis kereta yang lain. Penjual seharusnya memberi penerangan kepada pengguna tentang bayaran ansurannya, cara pendaftaran dan sebagainya.

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

maklumat nutrisi dan bahan-bahan yang digunakan dibekalkan bersama dengan produk untuk memberitahu pengguna supaya memudahkan pengguna untuk memilih produk tersebut. maklumat ini adalah sangat-sangat penting, dan sebagai seorang pengguna kita berhak untuk megetahui maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai contohnya, Si Ali menpunyai alahan terhadap udang, oleh itu, apabila dia membeli sesuatu makan, dia akan melihat pada bahan yang digunakan untuk memastikan bahawa produk yang dibeli tidak boleh mengandungi udang.

Begitu juga dengan perkhidmatan, sebagai contohnya, seorang pemegang polisi insurans, berhak mendapatkan segala maklumat daripada agennya.

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Kita sebagai seorang pengguna seharusnya dilindung supaya barang dan perkhidmatan yang kita gunakan itu tidak merbahayakan. Cuba fikir apakah impaknya jika kita membeli sebuah telefon bimbit dan ia meletup apabila kita megecas baterinya? Produk tersebut bukan sahaja megerunkan pengguna, menjejas imej syarikat tersebut, dan ia juga akan mengancam keselamatan kita sebagai seorang pengguna. oleh itu kita dilindungi supaya barang dan perkhidmatan yang kita gunakan itu selamat.

Berikut adalah hak-hak pengguna...


Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan.


Apakah perasaan anda selepas membaca artikel ini?

"wow!!!" rupa-rupanya pengguna juga mempunyai hak sendiri?

"tak faham langsung, terlalu banyak tulisan, malas nak membaca?"

"tak faham lagi, tolong jelaskan?"

"saya faham dan saya sudah tahu apa yang hendak saya buat"

ini adalah respon yang biasa yang selalu akan bertanya oleh kita....

tidak perlu risau,

satu!!!


cuma satu!!!


cuma satu sahaja yang perlu kamu buat,


kerap melayari blog ini untuk mencari jawapan""

Adakah anda tahu apakah itu pengguna?

Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya.

Ini bermaksud, seorang pengguna adalah seorang yang membeli dan mengguna barang atau perkhimatan.

Selalunya media massa memaparkan banyak tentang cara menjadi seorang pengguna yang bijak dan hakikatnya, berapakah rakyat Malaysia yang betul-betul faham dan tahu bagaimanakah menjadi seorang pengguna yang bijak? Berapakah orang pengguna yang faham tentang hak-hak sepatutnya diperolehi oleh mereka? Adakah membeli sesuatu barang dengan harga yang lebih murah dengan harga dipasaraya lain? Adakah dapat membeli sesuatu barang yang tahan lama?

Adakah dapat menikmati sesuatu perkhimatan yang percuma?

Tidak!!!

Seorang pengguna yang bijak adalah seorang pengguna yang bertanggungjawab lagi bijaksana. Seorang pengguna yang bijak haruslah jelas tentang hak-hak mereka yang dikategorikan sebagai pengguna.

Dengan melayari Blog ini


anda akan tahu......


akan belajar......



dan memahami usaha kerajaan dalam mendidik rakyat supaya menjadi seorang pengguna yang

bijak!!!